Feeds:
Posts
Comments

Pindah

Untuk pengetahuan semua blog GAMIS telah berpindah ke

www.mygamis.blogspot.com

A Safer Malaysia

Beginning today I want criminals to fear the police every second of their lives”

 

Tan Sri Musa Hassan

 

Bukan isu baru apabila negara kecoh sekali lagi dengan jenayah yang semakin menjadi-jadi, jika dahulu mendengar kes bunuh adalah sangat jarang kini saban hari ada saja kes yang menghiasi dada-dada akhbar, tahap keganasannya pula semakin menggerunkan, rata-rata tidak dapat menggambarkan betapa sampainya hati manusia atau betapa ‘kejamnya’ manusia sehingga sanggup sengaja melanggar seorang wanita yang membonceng motosikal bersama kawannya, lantas diculik dan dijadikan mangsa rogol berkumpulan! tindakan tidak berperikemanusiaan yang melangkaui bata-batas bangsa bertamadun yang kian mengenjak seeparuh dekad kemerdekaan!. Lebih menyesakkan dada kita apabila bangsa merdeka kita juga sanggup membunuh jiwa lain dengan mengebomnya sehingga hancur berkecai.

 

Tahap keganasan jenyah negara semakin menjadi-jadi, usia dan jantina tidak menjamin keselamatan seseorang, anak kecil seawal 23 bulan Siti Nur Liyana Shamimi Rosdi diculik, dirogol dan dibunuh lima tahun lalu, awal Mei lepas menyaksikan si tertuduh terlepas dari hukuman mati kerana pertuduhan ditukar dari bunuh dan rogol kepada menculik dengan niat membunuh. Hidup si kecil yang masih menyusu diragut kejam dan si penjenayah cukup bertuah terlepas hukuman mati kerana pertuduhan ditukar. Bayi kecil yang tak mampu berkata-kata sehinggalah nenek tua terdedah sama kepada jenayah kejam dan berat.

 

Bisik-bisik dan cakap-cakap masyarakat meragui tahap keselamatan negara bukan sembang kosong dan kerisauan tidak berasas. Statistik menunjukkan kadar jenayah negara meningkat setiap tahun, menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kadar jenayah menunjukkan peningkatan sebanyak 15 % peratus pada bulan Januari 2007 di seluruh negari kecuali Kedah. Statistik bagi bulan Januari hingga Mei 2007 dari segi jenayah berat yang merangkumi jenyah bunuh, rogol, rompakan bersenjata dan peras ugut juga menunjukkan peningkatan signifikan. Kes bunuh pada lima awal bulan tahun ini saja menyaksikan peningkatan kepada 248 kes berbanding 237 kes pada jangkamasa yang sama tahun sebelumnya, jenayah rogol menjadi-jadi dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 1243 berbanding hanya 917 kes pada tahun 2006. Statistik bagi jenayah membabitkan harta benda (property) juga menunjukkan peningkatan, jenayah curi, ragut dan pecah rumah masing-masing meningkat dari tahun sebelumnya, sebagai contoh kes curi meningkat sebanyak 1867 dari 14894 kes tahun sebelumnya. Statistik ini sudah cukup untuk membuat kita gerun dan tertanya-tanya dengan keefektifan sistem keselamatan negara.

 

Pasukan polis di raja Malaysia sedang merangka pelbagai formula dan teori untuk mengatasi cabaran baru ini, jika lima tahun dahulu jenayah dan keselamatan negara bukan isu besar, rakyat masih boleh berlapang dada dengan kadar jenyah negara dan rasa selamat dalam tanah air sendiri, majoriti lebih menganggap negara barat seperti Amerika lebih menggerunkan dan tidak selamat, namun kini penjenayah Malaysia tidak kurang ‘daring‘nya. Pelbagai reaksi diberikan oleh masyarakat, ramai yang kecewa dengan pasukan polis tidak kurang juga yang marah, masa kan tidak ibu bapa pasti akan melenting apabila keselamatan dan masa depan anak-anak mereka seolah-olah diragut hanya oleh kerana sikap penjenayah kejam yang tidak berhati perut. Hasilnya kerajaan sendiri telah menyatakan sokongnnya terhadap hukuman mati untuk jenayah rogol dan kemudiannya membunuh mangsa, antara hukuman tegas berkait jenayah seksual.

 

Masyarakat masih ternanti-nanti apa sebenarnya yang diperlukan untuk menjamin keselamtan negara ini, untuk sekurang-kurangnya berasa selamat di dalam rumah kita sendiri. Ketua Polis Negara kelihatan tertekan sehingga mengeluarkan kata-kata “ mulai hari ini saya mahu penjenayah untuk takutkan polis setiap detik dari hidup mereka!”.

 

Persoalannya apa yang rakyat dididik dan diajar untk untuk hidup sebagai pegangan dan pendirian hidup mereka. Agama adalah satu pegangan kepada manusia, yang melindungi dan mencorak setiap inci hidup insan. Agama Islam mendidik penganutnya untuk takut hanya kepada Allah, waktu dan tempat tidak pernah menjadi isu, umat Islam mengimani keberadaan Allah sepanjang masa, lantas takut pada Nya dan melanggar hukum perintah Nya yang menjadi ‘ shield ‘ kepada muslim sejati dari mencemar dunia ini dengan noda dan meragut insan lain dari hak-hak mereka. Agama-agama lain pun mengiktiraf hak manusia lain dan sentiasa menyuruh penganutnya menghindari jenayah, malah di negara seperti Amerika Syarikat sekalipun rakyatnya hidup dengan memegang kukuh prinsip bangsa bertamadun, apabila seseorang secara tidak sengaja melanggar kereta orang lain di ‘parking lot‘ nota maaf beserta nama dan talian untuk dihubungi pasti diselitkan di kereta berkenaan walaupun pemiliknya tiada dan walaupun tiada yang melihat! Satu fenomena yang sukar kita gambarkan di Malaysia walaupun penganut Islam masih majoriti. Demikian kita lihat apabila manusia berpegang kepada nilai-nilai yang betul dan tepat ia pasti menjadi pembimbing kepada kesejahteraan bangsa tersebut, agama malah naluri semulajadi manusia sendiri mengiktirafnya. Kehadiran manusia ataupun polis sekadar menguatkan lagi sistem berjaga-jaga atau ‘percaution‘ sistem dalam masyarakat. Namun apabila manusia jauh dari pegangan agama dan jauh dari memegang prinsip bermasyarakat yang bertamadun hasilnya adalah seperti yang kita lihat hari ini.

 

Lantas yang sepatutnya dititik beratkan dan diterap di dalam masyarakat adalah kembali memegang teguh ajaran agama dan menghormati prinsip bermasyarakat yang sentiasa dijunjung masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Baru dengan itu manusia akan belajar menghormati kehormatan dan harta benda orang lain, be it with police or without police, takut kepada polis atau manusia bukan nilai utama yang patut kita terapkan kepada masyarakat…

oleh: Nur Aainaa Bajuri @ Mok

Penyerahan Memorandum Mahasiswa Menuntut Pilihan Raya Kampus Bersih Adil

Kepada Dato’ Mustapha Mohamad(Menteri Pengajian Tinggi)

Tarikh:10 hb Ogos 2007(Jumaat)

Masa:2:30 petang

Sebarkan kepada seluruh Mahasiswa

 

 

Tempat:Kementerian Pengajian Tinggi,Putrajaya.

 

#Solat Jumaat Di Masjid Putrajaya

 

PRK hujung Ogos !!!

Menurut maklumat yang diperolehi, PRK akan diadakan selewat-lewatnya hujung Ogos ini. Diharapkan rakan-rakan abna harakah semua dapat menguatkan jentera masing-masing sehingga ke tahap maksimum dan meningkatkan lebih kuat hubungan ketaqwaan kepada Allah guna meraih kemenangan dari sudut yang tidak diduga. Allahu Akbar !

Oleh: Mohd Dzul Khairi B Mohd Noor 

            Di dalam Islam, ilmu pengetahuan mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa di sisi Allah. Ini  terbukti melalui pengiktirafan Allah terhadap ilmu melalui wahyu pertama Ilahi kepada junjungan besar Rasulullah iaitu surah al-‘Alaq. Allah telah memerintahkan baginda untuk mempelajari ilmu dan menitikberatkan kepentingan pembelajaran dalam setiap aspek kehidupan manusia.

             Ilmu, pencarian ilmu, penyebaran ilmu memiliki akar yang kuat dalam ajaran Islam. Begitu banyak ayat dan hadith dapat dikutip untuk menerangkan hal ini. Pakar Ilmu Al Quran pernah menyebut bahawa pengulangan konsep kepentingan ilmu di dalam Al Quran merupakan satu indikasi terhadap penekanannya atau makna penting konsep tersebut. Salah satu hadith yang boleh dijadikan sebagai ilustrasi mengenai pentingnya ilmu adalah salah satu sabda Rasulullah yang menyatakan keunggulan seorang berilmu dibandingkan dengan orang yang beribadah seperti terangnya bulan purnama dan bintang-bintang.             Jelas di sini bahawa ilmu pengetahuan dalam Islam mengandungi satu kefahaman ilmu yang menyeluruh dan bersepadu yang menyaksikan ilmu dan nilai tidak dapat dipisahkan sama sekali. Termasuk dalam konteks ini, ilmu sains dan teknologi adalah antara cabang ilmu pengetahuan yang memberi manfaat dan faedah besar kepada kelangsungan tamadun manusia. Dalam erti kata lain, sebarang ilmu yang boleh mendatangkan manfaat kepada manusia dan memandu manusia ke arah jalan benar merupakan ilmu yang mendapat tempat mulia di sisi Islam.             Namun begitu, ramai penuntut ilmu agama, yang mungkin sedang terlena sehingga mereka kurang menyedari betapa agungnya kemuliaan jalan ilmu yang sedang mereka tempuh, bahkan  menyibukkan diri dan memberikan perhatian besar pada kebanggaan-kebanggaan duniawi yang rendah nilainya, yang sering  dilakukan oleh orang-orang awam yang jauh dari bimbingan ilmu.

            Padahal kalau seandainya mereka benar-benar menyedari tingginya kedudukan ilmu ini nescaya mereka tidak akan menoleh sedikit pun pada kebanggaan-kebanggaan tersebut. Oleh kerana itulah Allah S.W.T memerintahkan orang-orang yang berilmu untuk bangga dan merasa cukup dengan kemuliaan ilmu yang mereka miliki, yang itu jauh lebih baik dan mulia dibandingkan semua kemewahan duniawi yang berlumba-lumba dikumpulkan oleh kebanyakan manusia, Allah azza wa jalla berfirman,

قُلْ بِفَضْلِ اللّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُواْ هُوَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ

“Katakanlah: Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka (orang-orang yang berilmu) bergembira (berbangga) kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa (kemewahan duniawi) yang dikumpulkan (oleh manusia).” (QS. Yunus: 58)

            Kecintaan dan penghormatan yang Allah S.W.T jadikan bagi orang-orang yang berilmu, adalah kecintaan dan penghormatan yang benar-benar murni bersumber dari dalam hati manusia. Lain halnya dengan penghormatan manusia kepada orang yang memiliki harta atau kekuasaan misalnya, hanya berupa penghormatan dalam bentuk lahiriah, bahkan terkadang diiringi dengan kebencian dalam hati. Sehingga wajar kalau kita dapati para ulama Ahlusunnah demikian dicintai dan dihormati oleh orang-orang yang shalih, bahkan setelah mereka wafat pun mereka tetap dipuji dan selalu didoakan dengan kebaikan, padahal banyak di antara mereka yang tidak memiliki harta atau kekuasaan duniawi. Hal ini terjadi kerana adanya suatu keistimewaan yang Allah S.W.T jadikan pada ilmu agama, iaitu kemampuan dan kekuatan untuk menundukkan dan menguasai hati manusia, sehingga menjadikan hati mereka tunduk kepada orang yang membawa ilmu tersebut, Oleh kerana itulah dalam banyak ayat Al Quran (Lihat misalnya QS. Yunus: 68, QS. An Najm: 23, QS. Ash Shaaffaat: 156 dan lain-lain). Allah S.W.T menamakan dalil-dalil ilmiah dari Al Quran dan Sunnah dengan nama “Sulthan” (sesuatu yang memiliki kekuatan dan kemampuan menundukkan), Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhu berkata, “Semua (lafazh) sulthan dalam Al Quran (artinya) adalah Hujjah (dalil/argumentasi ilmiah dari wahyu Allah subhanahu wa ta’ala).” (Lihat kitab Miftahu Daaris Sa’adah 1/243-244).

            Dalam abad moden ini pembinaan budaya ilmu sangat perlu dititikberatkan lebih-lebih lagi kini kebangkitan umat sedang menuju ke puncak. Sebagaimana diingatkan oleh Anwar Ibrahim bahawa proses membangkitkan umat sangat berkait dengan upaya pengembalian posisi utama pengetahuan dan pendidikan dalam masyarakat dengan memperkuatkan api semangat belajar untuk tertarik pada ladzzah al ma’rifah, kenikmatan berjumpa dengan pimikir-pemikir besar, dan ketakjuban dalam menemukan gagasan-gagasan baru. Anwar Ibrahim juga mengingatkan akan permasalahan yang masih dialami sebahagian besar daripada umat ini, “Kita bangga dengan Islam sebagai agama yang banyak berbicara mengenai ilmu. Kata pertama yang pertama diturunkan dalam Quran adalah iqra’. Tetapi kita melihat kini sebahagian besar muslim tidak dapat membaca. Sebahagian yang mampu membaca tetapi tidak memahami. Mereka yang mampu membaca dan memahami tetapi terjebak pada buta huruf budaya (culturally illiterate). Salah satu fenomena buta huruf budaya ini terlihat pada sikap filistinisme, perhatian terhadap soal-soal dan kebiasaan yang remeh.

 

            Sebagai kesimpulannya, umat Islam perlu bersatu agar dapat menghadapi segala ujian dan rintangan, dengan cara menghidupkan kembali semangat dan roh cintakan ilmu ke dalam jiwa dan sanubari. Penghayatan ilmu itu bukan sahaja dititik beratkan dalam soal pelajaran di institusi pengajian sahaja, tetapi penghayatan itu merangkumi kajian, penelitian dan perlaksanaan ilmu  itu sendiri.

 

            Sesungguhnya ilmu tidak boleh dipisahkan dari kehidupan umat Islam. Ini adalah kerana ilmu itu sebenarnya menjadi tunjang atau asas kekuatan umat, yang mengandungi berbagai-bagai hikmah dan pengajaran serta menjadi panduan dan teras kehidupan. Oleh itu, pembudayaan ilmu wajar dihayati dan dilaksanakan oleh segenap lapisan masyarakat Islam di dunia amnya dan Malaysia khasnya.

Oleh : Ahmad Fawwaz Abdul Aziz
Jika disingkap sedikit sejarah lama, gelanggang Pilihanraya Kampus (PRK) 2006 telah dibuka tirainya apabila sebuah akhbar tabloid KOSMO telah mengumumkan “Kabinet Majlis Perwakilan Pelajar Dibubar!” di muka hadapannya.

demokampus.jpg

Pihak media memainkan peranan untuk menyuntik kembali ruh PRK dengan memainkan beberapa sentimen pelabelan terhadap mahasiswa termasuklah akhbar ‘Mahasiswa Api Perjuangan’ siri 32/2006 yang melaporkan, Aspirasi : 18, Pembangkang :0!!
Universiti merupakan satu platform penjanaan minda yang bebas, pembinaan daya intelektual, pembentukan jatidiri kepimpinan dan sebagai satu garapan untuk melahirkan negarawan yang disegani satu hari nanti.
Jangan manipulasikan PRK
Justeru, PRK dilihat sebagai satu latihan kepimpinan dan sendi demokrasi yang tidak harus dijadikan sebagai alat manipulasi pihak-pihaktertentu sehingga mencacatkan konsep asas pilihan raya tersebut.

Continue Reading »

Sukacita dimaklumkan bahawa Presiden GAMIS, saudara Dzulkhairi Mohd Nor dan Setiausaha GAMIS, saudara Muhd Syaari Ab. Rahman akan berlepas ke Ismailiah, Mesir jam 12 malam ini (Ahad, 5 Ogos 2007) bagi menghadiri Multaqa Pemuda Al-Quds Sedunia anjuran Muassasah Al-Quds. Kedua-dua pimpinan tertinggi GAMIS tersebut dijangka akan membawa pendirian dan suara mahasiswa Islam Malaysia ke atas isu-isu terkini bersangkut paut dengan bumi Isra wal Mi’raj dan masjidil Aqsa tersebut, di samping pertemuan dengan kepimpinan PMRAM dan perkongsian pengalaman dan korrdinasi gerakan dengan gerakan mahasiswa Islam seluruh dunia. Mereka dijangka tiba di Malaysia jam 5.30 petang, Sabtu, 11 Ogos 2007. Semoga Allah memberkati dan meredhai pemergian Presiden dan Setiausaha GAMIS kita tersebut.

Oleh: Intan Abdullah 

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Hrkh) – Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) mengusulkan agar sistem pendidikan diperhalusi dan fokus utama diberikan kepada pembinaan jatidiri pelajar sejak di bangku sekolah rendah lagi.

 Menurut Presidennya, Dzul Khairi Mohd Noor, sistem pendidikan negara hendaklah tidak memberikan penumpuan kepada sistem “exam oriented” semata-mata, sebaliknya lebih kepada membentuk daya pemikiran lateral serta berdaya kreativiti yang tinggi.

“Di peringkat Gamis, kami juga sedia untuk mengadakan konvensyen semata-mata untuk membincangkan soal ini dengan bermatlamatkan melahirkan pelajar yang berjiwa besar dan bersedia memimpin negara kelak, mengatasi masalah disiplin yang kian meruncing serta memperhalusi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

Gamis dalam kenyataannya kepada Harakahdaily juga berharap sistem pendidikan negara mestilah bersifat holistik dan tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

Selain itu, beliau menggesa agar kerajaan melaksanakan penerapan nilai-nilai agama serta menjadikan resepi kejayaan ulama-ulama terdahulu sebagai pedoman oleh semua pihak.

Gamis juga menyatakan kesediaan untuk bersama-sama dengan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan beberapa buah NGO lain bagi mengkaji permasalahan disiplin dikalangan pelajar sekolah yang dilihat semakin meruncing mutakhir ini.

“Isu ‘9 orang mafia perempuan’ yang membelasah dan merakam gambar bogel salah seorang rakan mereka di Bandar Muadzam Shah, Pahang adalah contoh kepada permasalahan yang menyumbang kepada peningkatan gejala yang kian kronik ini,” demikian kenyataan tersebut.

Sementara itu, Gamis juga melihat masalah disiplin seumpama ini merupakan isu yang amat penting untuk dijadikan kayu ukur keberkesanan penerapan nilai murni yang wujud di kalangan para pelajar khususnya di sekolah-sekolah negara kita.

Gamis juga menimbulkan persoalan, sama ada sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang wujud pada masa kini mampu menjana modal insan yang berupaya menghayati nilai-nilai Islam dalam kehidupan mereka.

Dzul Khairi Mohd Noor juga berpandangan antara faktor utama yang menyebabkan para pelajar dewasa kini semakin biadap dalam tindak-tanduk mereka, adalah kerana terlalu dimanjakan oleh ibu bapa mereka.

“Setiap kesalahan yang dilakukan oleh pelajar pada masa kini sering mendapat sokongan daripada ibu bapa mereka, bahkan pihak guru pula yang dipersalahkan,” katanya.

Selain itu, beliau mendakwa sistem pendidikan yang menjurus kepada ‘exam oriented’ juga menjadi faktor para pelajar kurang menghayati ilmu yang dipelajari.

“Mereka hanya hadir ke sekolah sekadar memenuhi kehendak ibu bapa dan matlamat mereka adalah semata-mata ingin berjaya di dalam peperiksaan,” tambahnya lagi. – mks.

oleh:Mohd Dzul Khairi Bin Mohd Noor

Istilah modal insan pada mulanya dipercayai pertama kali dibincangkan oleh Arthur Cecil Pigou (1877-1959) dalam karyanya, A Study in Public Finance pada tahun 1928. Kemudiannya diikuti tokoh-tokoh seperti Jacob Mincer dalam artikelnya Investment in Human Capital and Personal Income Distribution pada tahun 1958 dan Gary Becker dalam Human Capital pada tahun 1964. Pada aspek yang tertentu, idea mereka menyamai idea Karl Marx (1818-1883) iaitu konsep labor power.

Bagi definisi Barat, pembangunan modal insan didefinisikan sebagai suatu cara untuk mengenal dan mengkategori kemahiran dan kebolehan orang yang diguna dalam pengambilan pekerja dan dalam hal lain, mereka memberi sumbangan kepada pembangunan negara. Menurut perspektif mereka, mereka begitu memberi fokus kepada pembangunan sumber manusia dari sudut pengetahuan dan kemahiran tertentu yang dapat memberi pulangan kepada ekonomi sesebuah organisasi atau masyarakat.

Sebaliknya, pada perspektif Islam, modal insan dilihat tidak sekadar mementingkan aspek pembangunan intelektual dan emosional bahkan melibatkan pembangunan spiritual. Islam melihat modal insan sebagai suatu konsep yang amat luas dan lebih terperinci tanpa terdapat lompang-lompang yang tidak dihuraikan. Definisi yang komprehensif ini dapat menjelaskan betapa pentingnya sumber ini kepada sesebuah negara khususnya umat Islam.

Continue Reading »