Sukacita dimaklumkan bahawa Presiden GAMIS, saudara Dzulkhairi Mohd Nor dan Setiausaha GAMIS, saudara Muhd Syaari Ab. Rahman akan berlepas ke Ismailiah, Mesir jam 12 malam ini (Ahad, 5 Ogos 2007) bagi menghadiri Multaqa Pemuda Al-Quds Sedunia anjuran Muassasah Al-Quds. Kedua-dua pimpinan tertinggi GAMIS tersebut dijangka akan membawa pendirian dan suara mahasiswa Islam Malaysia ke atas isu-isu terkini bersangkut paut dengan bumi Isra wal Mi’raj dan masjidil Aqsa tersebut, di samping pertemuan dengan kepimpinan PMRAM dan perkongsian pengalaman dan korrdinasi gerakan dengan gerakan mahasiswa Islam seluruh dunia. Mereka dijangka tiba di Malaysia jam 5.30 petang, Sabtu, 11 Ogos 2007. Semoga Allah memberkati dan meredhai pemergian Presiden dan Setiausaha GAMIS kita tersebut.