“ Beginning today I want criminals to fear the police every second of their lives”
Tan Sri Musa Hassan
Bukan isu baru apabila negara kecoh sekali lagi dengan jenayah yang semakin menjadi-jadi, jika dahulu mendengar kes bunuh adalah sangat jarang kini saban hari ada saja kes yang menghiasi dada-dada akhbar, tahap keganasannya pula semakin menggerunkan, rata-rata tidak dapat menggambarkan betapa sampainya hati manusia atau betapa ‘kejamnya’ manusia sehingga sanggup sengaja melanggar seorang wanita yang membonceng motosikal bersama kawannya, lantas diculik dan dijadikan mangsa rogol berkumpulan! tindakan tidak berperikemanusiaan yang melangkaui bata-batas bangsa bertamadun yang kian mengenjak seeparuh dekad kemerdekaan!. Lebih menyesakkan dada kita apabila bangsa merdeka kita juga sanggup membunuh jiwa lain dengan mengebomnya sehingga hancur berkecai.
Tahap keganasan jenyah negara semakin menjadi-jadi, usia dan jantina tidak menjamin keselamatan seseorang, anak kecil seawal 23 bulan Siti Nur Liyana Shamimi Rosdi diculik, dirogol dan dibunuh lima tahun lalu, awal Mei lepas menyaksikan si tertuduh terlepas dari hukuman mati kerana pertuduhan ditukar dari bunuh dan rogol kepada menculik dengan niat membunuh. Hidup si kecil yang masih menyusu diragut kejam dan si penjenayah cukup bertuah terlepas hukuman mati kerana pertuduhan ditukar. Bayi kecil yang tak mampu berkata-kata sehinggalah nenek tua terdedah sama kepada jenayah kejam dan berat.
Bisik-bisik dan cakap-cakap masyarakat meragui tahap keselamatan negara bukan sembang kosong dan kerisauan tidak berasas. Statistik menunjukkan kadar jenayah negara meningkat setiap tahun, menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kadar jenayah menunjukkan peningkatan sebanyak 15 % peratus pada bulan Januari 2007 di seluruh negari kecuali Kedah. Statistik bagi bulan Januari hingga Mei 2007 dari segi jenayah berat yang merangkumi jenyah bunuh, rogol, rompakan bersenjata dan peras ugut juga menunjukkan peningkatan signifikan. Kes bunuh pada lima awal bulan tahun ini saja menyaksikan peningkatan kepada 248 kes berbanding 237 kes pada jangkamasa yang sama tahun sebelumnya, jenayah rogol menjadi-jadi dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 1243 berbanding hanya 917 kes pada tahun 2006. Statistik bagi jenayah membabitkan harta benda (property) juga menunjukkan peningkatan, jenayah curi, ragut dan pecah rumah masing-masing meningkat dari tahun sebelumnya, sebagai contoh kes curi meningkat sebanyak 1867 dari 14894 kes tahun sebelumnya. Statistik ini sudah cukup untuk membuat kita gerun dan tertanya-tanya dengan keefektifan sistem keselamatan negara.
Pasukan polis di raja Malaysia sedang merangka pelbagai formula dan teori untuk mengatasi cabaran baru ini, jika lima tahun dahulu jenayah dan keselamatan negara bukan isu besar, rakyat masih boleh berlapang dada dengan kadar jenyah negara dan rasa selamat dalam tanah air sendiri, majoriti lebih menganggap negara barat seperti Amerika lebih menggerunkan dan tidak selamat, namun kini penjenayah Malaysia tidak kurang ‘daring‘nya. Pelbagai reaksi diberikan oleh masyarakat, ramai yang kecewa dengan pasukan polis tidak kurang juga yang marah, masa kan tidak ibu bapa pasti akan melenting apabila keselamatan dan masa depan anak-anak mereka seolah-olah diragut hanya oleh kerana sikap penjenayah kejam yang tidak berhati perut. Hasilnya kerajaan sendiri telah menyatakan sokongnnya terhadap hukuman mati untuk jenayah rogol dan kemudiannya membunuh mangsa, antara hukuman tegas berkait jenayah seksual.
Masyarakat masih ternanti-nanti apa sebenarnya yang diperlukan untuk menjamin keselamtan negara ini, untuk sekurang-kurangnya berasa selamat di dalam rumah kita sendiri. Ketua Polis Negara kelihatan tertekan sehingga mengeluarkan kata-kata “ mulai hari ini saya mahu penjenayah untuk takutkan polis setiap detik dari hidup mereka!”.
Persoalannya apa yang rakyat dididik dan diajar untk untuk hidup sebagai pegangan dan pendirian hidup mereka. Agama adalah satu pegangan kepada manusia, yang melindungi dan mencorak setiap inci hidup insan. Agama Islam mendidik penganutnya untuk takut hanya kepada Allah, waktu dan tempat tidak pernah menjadi isu, umat Islam mengimani keberadaan Allah sepanjang masa, lantas takut pada Nya dan melanggar hukum perintah Nya yang menjadi ‘ shield ‘ kepada muslim sejati dari mencemar dunia ini dengan noda dan meragut insan lain dari hak-hak mereka. Agama-agama lain pun mengiktiraf hak manusia lain dan sentiasa menyuruh penganutnya menghindari jenayah, malah di negara seperti Amerika Syarikat sekalipun rakyatnya hidup dengan memegang kukuh prinsip bangsa bertamadun, apabila seseorang secara tidak sengaja melanggar kereta orang lain di ‘parking lot‘ nota maaf beserta nama dan talian untuk dihubungi pasti diselitkan di kereta berkenaan walaupun pemiliknya tiada dan walaupun tiada yang melihat! Satu fenomena yang sukar kita gambarkan di Malaysia walaupun penganut Islam masih majoriti. Demikian kita lihat apabila manusia berpegang kepada nilai-nilai yang betul dan tepat ia pasti menjadi pembimbing kepada kesejahteraan bangsa tersebut, agama malah naluri semulajadi manusia sendiri mengiktirafnya. Kehadiran manusia ataupun polis sekadar menguatkan lagi sistem berjaga-jaga atau ‘percaution‘ sistem dalam masyarakat. Namun apabila manusia jauh dari pegangan agama dan jauh dari memegang prinsip bermasyarakat yang bertamadun hasilnya adalah seperti yang kita lihat hari ini.
Lantas yang sepatutnya dititik beratkan dan diterap di dalam masyarakat adalah kembali memegang teguh ajaran agama dan menghormati prinsip bermasyarakat yang sentiasa dijunjung masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Baru dengan itu manusia akan belajar menghormati kehormatan dan harta benda orang lain, be it with police or without police, takut kepada polis atau manusia bukan nilai utama yang patut kita terapkan kepada masyarakat…
oleh: Nur Aainaa Bajuri @ Mok